KITA, BUKAN KAMI

Apakah Projek Ini?

Apakah Kita, Bukan Kami?

Kita, Bukan Kami adalah gerakan untuk memupuk perbualan empati mengenai perpaduan nasional dan keharmonian antara kaum di Malaysia. Gerakan ini dipimpin oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), bersama dengan The Fourth, dengan sokongan dari Kesatuan Eropah.

IDEAS adalah sebuah institusi penyelidikan nirlaba yang didedikasikan untuk mempromosikan penyelesaian terhadap cabaran dasar awam, dengan fokus pada tiga misi menyeluruh: memajukan ekonomi yang kompetitif, memastikan kepercayaan terhadap institusi dan mempromosikan Malaysia yang inklusif. IDEAS adalah badan pemikir bebas pertama di Malaysia, tanpa kepentingan peribadi dan pengaruh kepartian.

The Fourth adalah agensi media digital yang menggunakan kewartawanan penyiasatan dan impak untuk mempertahankan keadilan sosial, dan melatih orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

Apa yang kita ingin capai?

Aktiviti teras kami adalah Projek Sama-Sama, satu eksperimen sosial di mana enam orang dengan pandangan yang bertentangan melakukan perbualan empati, hanya dengan mengikuti 3 peraturan mudah.

Melalui siri video “Perinci” kami, wartawan dan pakar menerokai topik-topik yang berkaitan dengan persamaan dan inklusif, supaya anda lebih berpengetahuan untuk mencipta dunia yang lebih baik.

Kami juga merancang untuk melakukan gerakan ke seluruh negara melalui “Sama-Sama Live”, satu siri perbincangan langsung mengikuti format Sama-Sama (bergantung pada situasi Covid-19).

Melalui aktiviti-aktiviti ini, kami berharap memainkan peranan dalam mencapai Malaysia yang lebih inklusif dan bersatu.

Kami berharap gerakan ini dapat menjurus kepada kefahaman yang lebih menyeluruh dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap nilai-nilai yang terkandung di dalam Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan juga kepentingan meratifikasi Konvensyen tersebut.

Bagaimana saya boleh membantu?

Anda boleh menyokong gerakan ini melalui tiga cara mudah.

  1. Tandatangani ikrar menamatkan rasisme
  2. Daftar untuk menyertai sesi Sama-Sama
  3. Ikuti platform media sosial kami untuk menerima perkembangan terkini daripada gerakan ini